Bengkel Training Of Trainers (TOT) Siri 2 Program Pengurusan Organisasi Perkukuh Modal Insan Ke Arah Pembangunan Belia Berkualiti

MACHANG, 2 November 2025 – Cawangan Pembangunan Kepimpinan, Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) telah menganjurkan Bengkel Training of Trainers (TOT) Siri 2 Program Pengurusan Organisasi (PPO) pada 22 hingga 24 Oktober 2025 bertempat di The Regency Tanjung Tuan Beach Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Penganjuran bengkel ini merupakan kesinambungan daripada siri pertama yang telah diadakan sebelum ini dan bertujuan mempertingkatkan keupayaan peserta sebagai jurulatih (trainer) dalam bidang pengurusan organisasi. Melalui pendekatan Training of Trainers, para peserta diberi pendedahan kepada modul latihan yang lebih dinamik dan interaktif, termasuk kemahiran komunikasi, perancangan strategik organisasi, kepimpinan berkesan serta pengurusan sukarelawan.

Puan Siti Azura binti Abdullah, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Machang, turut hadir sebagai peserta dan mengambil bahagian secara aktif dalam sesi pembelajaran dan perkongsian pengalaman sepanjang bengkel ini berlangsung.

Disediakan oleh: Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang

#TeamKBS #TeamJBSN #SukanUntukSemua #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #yakinboleh

Hannah Yeoh
Adam Adli
KBSMalaysia
JBSNegara

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-12-2025, 13:13:59

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search