10 Orang Pegawai Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan Ditauliahkan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap Tiga

Seremban, 11 November 2025 – Seramai 10 orang pegawai daripada Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan telah ditauliahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap Tiga dalam bidang Profesionalisme Pelaksanaan Kerja Belia, dalam satu majlis yang berlangsung di Klana Resort, Seremban hari ini.

Majlis penganugerahan tersebut diadakan bagi mengiktiraf profesionalisme para pegawai belia dalam melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai pemimpin dan penggerak pembangunan belia di peringkat negeri. Antara penerima ialah YBrs En. Mohd Saipuddin bin Zakaria, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan, Pn. Nurdalila binti Mohamad Khali, Timbalan Pengarah (Belia) JBSNK, Pn. Siti Azura binti Abdullah, PBSD Machang serta 7 orang Penolong Pegawai Belia dan Sukan JBSNK.

Penganugerahan SKM ini melambangkan pengiktirafan rasmi terhadap kompetensi dan kemahiran tinggi pegawai belia dalam aspek pengurusan, kepimpinan serta pelaksanaan aktiviti pembangunan belia berteraskan nilai profesionalisme.

Selain itu, pengiktirafan ini menjadi pemangkin kepada pegawai belia untuk terus meningkatkan kualiti perkhidmatan serta memainkan peranan lebih berkesan dalam memperkasakan generasi muda.

Program pentauliahan SKM Tahap Tiga ini dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia bagi memastikan setiap peserta memiliki kompetensi yang diiktiraf di peringkat nasional.

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMadani #profesionalismekerjabelia

Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my

Disediakan oleh : Urus Setia Media Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-12-2025, 13:13:59

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search