Program Kelantan Korfball 4 Championship 2025

Kota Bharu, 9 November 2025 – Kompleks Belia dan Sukan Panji, Kota Bharu menjadi tumpuan apabila berlangsungnya Program Kelantan Korfball 4 Championship 2025 anjuran Phoenix Korfball Club Cawangan Machang Kelantan, yang menghimpunkan bakat-bakat muda dalam sukan korfball.

Kejohanan yang berlangsung selama 2 hari ini menampilkan empat kategori usia iaitu Bawah 8 tahun (U8), Bawah 10 tahun (U10), Bawah 12 tahun (U12) dan Bawah 14 tahun (U14). Sebanyak 26 pasukan mengambil bahagian, mewakili negeri Kelantan, Kuala Lumpur dan Selangor.

Majlis penyampaian hadiah kejohanan diserikan dengan kehadiran tetamu kehormat, antaranya:
- En. Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah (Sukan), Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan
- Ms. Lau Wai Fun, Presiden Korfball Malaysia
- Encik Mohd Hazmi bin Ariffin, Timbalan Pengarah, Sektor Pembangunan Murid, PPD Machang
- Encik Andy Irwan bin Radellah, Penolong Pengarah, Sektor Pembangunan Murid, PPD Machang
- Encik Ong Choo Peng, Presiden Phoenix Korfball Club Cawangan Machang
- Encik Zaharudin bin Zainal, Wakil PBSD Machang

Tujuan utama program ini adalah untuk membangunkan sukan korfball di peringkat akar umbi, selain memberi peluang kepada pelajar-pelajar sekolah untuk mengasah kemahiran dan semangat kesukanan dalam suasana kompetitif yang sihat.

YBrs En. Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah (Sukan) menegaskan bahawa Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan sentiasa komited dalam menyokong penganjuran sukan alternatif seperti korfball yang mampu melatih kerjasama dan kesaksamaan antara jantina.

Kejohanan ini bukan sahaja menjadi platform pembangunan atlet muda, tetapi juga memperkukuh jaringan antara kelab-kelab korfball dari pelbagai negeri, sekaligus menyemarakkan lagi semangat perpaduan melalui sukan.

Program Kelantan Korfball 4 Championship 2025 dijangka akan membuka ruang lebih luas bagi bakat-bakat muda untuk bersinar di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #RakanAktif #MalaysiaAktif

Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my

Disediakan oleh : Urus Setia Portal Bahagian Pembangunan Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-12-2025, 13:13:59

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search