- JBS Kelantan
- Hits: 8
Kursus Latihan Asas Sukan (KLAS) Mendaki Tembok Tiruan Peringkat Negeri Kelantan 2025
- JBS Kelantan
- Hits: 8
MACHANG, 9 November 2025 – Sukan Mendaki Tembok kini diiktiraf sebagai salah satu cabang sukan rekreasi moden yang semakin mendapat tempat dalam kalangan Masyarakat Malaysia. Keterlibatan sukan ini dalam temasya antarabangsa seperti Sukan Olimpik, Sukan Asia dan Sukan SEA telah mengangkat statusnya daripada sekadar aktiviti rekreasi kepada disiplin sukan berprestasi tinggi. Perkembangan ini sejajar dengan matlamat Visi Sukan Negara dan Agenda Malaysia ‘‘Sebuah Negara Bersukan’’ yang menekankan keterlibatan masyarakat secara menyeluruh dalam aktiviti sukan dan rekreasi sebagai gaya hidup.
Bagi menyahut visi tersebut, Jabatan Belia Sukan Negeri Kelantan dengan kerjasama Persatuan Sukan Orienteering Kelantan dan UiTM Machang telah menganjurkan Kursus Latihan Asas Sukan (KLAS) Mendaki Tembok Tiruan pada 7 hingga 8 November 2025, bertempat di Tembok Tiruan Kompleks Sukan C, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Kelantan, Kampus Machang. Seramai 40 orang peserta telah menyertai program pada kali ini melibatkan penyertaan daripada belia-belia daerah di Kelantan serta pelajar-pelajar UiTM Machang.
Para peserta telah diberikan pendedahan terhadap Pengenalan Asas Sukan Mendaki, Keselamatan dan Peralatan Asas, Kawalan Asas dan Belaying serta Teknik Mendaki Tembok Tiruan oleh Ketua Jurulatih, En. Ameer Hamdee. Majlis Penutup dan penyampaian sijil penyertaan kepada para peserta Latihan Asas Sukan (KLAS) Mendaki Tembok Tiruan Peringkat Negeri Kelantan 2025 telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Siti Azura binti Abdullah, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Machang. Turut hadir Encik Meer Zhaf Farouk Amir Razli, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar, UiTM Cawangan Kelantan-Kampus Machang, Puan Ainaa Diyyana binti Mokhtar, Pegawai Pembangunan Rekreasi, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan serta Encik Mohd Fazrin bin Norijam, Presiden Persatuan Sukan Orienteering Kelantan.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #RakanAktif #MalaysiaAktif
Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my
Disediakan oleh : Urus Setia Portal Bahagian Pembangunan Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan
