Program Sukan Mendaki Komuniti – Mari Mencuba Sukan Mendaki Tembok Tiruan Peringkat Negeri Kelantan 2025

MACHANG, 9 November 2025 - Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan dengan kerjasama Persatuan Orienteering Kelantan, Pejabat Kemajuan Orang Asli Daerah Jeli dan UiTM Machang telah menganjurkan Program Sukan Mendaki Komuniti – Mari Mencuba Sukan Mendaki Peringkat Negeri Kelantan 2025 pada 7 November 2025 yang lalu, bertempat di Tembok Tiruan Kompleks Sukan C, UiTM Machang. Pelaksanaan program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada masyarakat terhadap sukan rekreasi dengan menggalakkan penglibatan masyarakat daripada pelbagai lapisan umur dan latar belakang, termasuk komuniti luar bandar dan masyarakat orang asli untuk terlibat dalam sukan mendaki serta menjadikan ia sebahagian gaya hidup sihat.

Program ini melibatkan penglibatan daripada kaum minoriti orang asli dari daerah Jeli serta belia-belia daerah di negeri Kelantan. Para peserta diberikan pendedahan terhadap pengenalan asas tali tinggi serta praktikal pendakian tembok tiruan. Program ini merupakan salah satu usaha Kementerian Belia dan Sukan Malaysia melalui Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan dalam mempromosikan sukan mendaki tembok tiruan dikalangan belia. Pada masa ini, belia gemar menceburi sukan lasak yang berisiko tinggi serta mencabar, maka sukan mendaki tembok tiruan boleh dijadikan sebagai alternatif kerana ianya lebih selamat dan terkawal.

Majlis Perasmian Penutup dan penyampaian sijil penyertaan kepada para peserta Program Sukan Mendaki Komuniti – Mari Mencuba Sukan Mendaki Tembok Tiruan Peringkat Negeri Kelantan telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah (Sukan) Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Turut hadir, Encik Mohd Azri bin Daud, Pegawai dari Pejabat Kemajuan Orang Asli Daerah Jeli, Encik Ahmad Sirajulmunir bin Zulkipli, Penyelaras Sukan Mendaki Tembok UiTM Machang, Encik Zul Izudin bin Samat, Penolong Pegawai Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang serta Encik Mohd Helmie bin Abdul Karim, Penolong Setiausaha Persatuan Sukan Orienteering Kelantan. Penganjuran ini diharapkan dapat menyemarakkan minat belia dan masyarakat setempat terhadap sukan mendaki, selain memperkukuh semangat kesukanan dan menggalakkan penglibatan aktif dalam aktiviti lasak yang bermanfaat.

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #RakanAktif #MalaysiaAktif

Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my

Disediakan oleh : Urus Setia Portal Bahagian Pembangunan Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-12-2025, 13:13:59

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search