Kunjungan Hormat Kelab Sukan Permotoran Drag Ikan Lumba-Lumba ke Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan

Kota Bharu, 3 November 2025 – Kelab Sukan Permotoran Drag Ikan Lumba-Lumba telah mengadakan satu kunjungan hormat ke Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan bagi membincangkan pelaksanaan Program Malaysia Automotif Festival & Drag Day 2025 yang akan diadakan pada 6-8 November 2025 bertempat di Tapak ECRL, Universiti Malaysia Kelantan.

Kunjungan tersebut diketuai oleh Presiden kelab, Mohd Azwan Hafiz Bin Ibrahim, bersama beberapa ahli jawatankuasa kelab. Kunjungan ini telah disambut mesra oleh YBrs En. Mohd Saipuddin bin Zakaria, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan yang turut meluangkan masa untuk sesi perbincangan strategik berkaitan hala tuju pembangunan sukan permotoran di negeri ini.

Dalam pertemuan tersebut, pihak kelab telah membentangkan cadangan pelaksanaan Program Drag yang bertujuan untuk meningkatkan penyertaan belia dalam sukan permotoran secara sihat dan terkawal serta menyemai semangat kesukanan dan disiplin dalam kalangan peserta.

Tuan Pengarah menyambut baik inisiatif tersebut dan menyatakan komitmen jabatan untuk memberi sokongan dari segi teknikal dan promosi, selaras dengan usaha memperkasakan belia melalui aktiviti sukan alternatif.

Turut hadir sama, YBrs. En. Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah (Sukan) JBSNK yang berharap agar kerjasama ini dapat membuka ruang lebih banyak program pembangunan belia dan sukan yang berimpak tinggi.

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #RakanAktif #MalaysiaAktif

Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my

Disediakan oleh : Urus Setia Portal Bahagian Pembangunan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan
 
 

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-12-2025, 13:13:59

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search