Program Motocross Track Day Jeram Mengaji Peringkat Negeri Kelantan 2025

Pasir Puteh, 1 November 2025 — Suasana di Litar Motocross Jeram Mengaji, Pasir Puteh bergema dengan deruman enjin dan sorakan penonton sempena penganjuran Program Motocross Track Day Jeram Mengaji Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2025. Program selama 2 hari anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan dengan kerjasama Kelab Sukan Bermotor Eksplorasi ini berjaya menarik penyertaan lebih daripada 150 orang peserta tempatan dan luar negeri, serta menjadi platform penting dalam memperkasakan sukan permotoran ekstrem di negeri ini.

Majlis perasmian program diserikan dengan kehadiran barisan tetamu kehormat yang memberikan sokongan padu terhadap penganjuran acara berimpak tinggi ini, antaranya:
- YBrs. Encik Amreezal bin Abd Kadir, Pegawai Belia & Sukan Daerah Pasir Puteh mewakili Pengarah Jabatan Belia & Sukan Negeri Kelantan
- YB. Dato’ Ustaz Haji Tuan Mohd Saripuddin bin Tuan Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Agromakanan dan Komoditi Negeri Kelantan merangkap ADUN Selising
- YBrs. Encik Zulkarnean bin Isa, Setiausaha Majlis Daerah Pasir Puteh
- YDH. Insp. Muhammad Firdaus bin Adzmi, Ketua Bahagian Siasatan & Penguatkuasaan Trafik IPD Pasir Puteh
- YBrs. Ir Mohd Haizul bin Omar, Presiden Kelab Sukan Bermotor Ekplorasi
- YBrs. Encik Sukeri bin Mamat, Pemilik SRZ Ternak Jeram Mengaji

Program ini turut mendapat sokongan padu daripada barisan jawatankuasa kerja, para peserta dan hadirin yang hadir memeriahkan acara. Pelbagai kategori perlumbaan telah dipertandingkan, menampilkan aksi lasak dan kemahiran tinggi para pelumba yang mencuri tumpuan penonton.

Penganjuran aktiviti sukan bermotor ini dilihat sebagai medium pembangunan belia, pengukuhan komuniti serta pemerkasaan ekonomi setempat melalui aktiviti rekreasi berasaskan minat. Program ini bukan sahaja menjadi medan persaingan sihat, malah membuka ruang kepada generasi muda untuk melibatkan diri secara aktif dalam sukan bermotor yang selamat dan terancang.

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #RakanAktif #MalaysiaAktif

Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my

Disediakan oleh : Urus Setia Portal Bahagian Pembangunan Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan
 
 
 
 
 
 
 

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-12-2025, 13:13:59

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search