- JBS Kelantan
- Hits: 12
Majlis Penutup Muse Eco Challenge 2025 Dirai Meriah di Gua Musang
- JBS Kelantan
- Hits: 12
Gua Musang, 1 November 2025 — Program Muse Eco Challenge 2025 melabuhkan tirainya dengan penuh gemilang dalam satu majlis penutupan rasmi yang berlangsung di Gua Musang. Program ini berjaya menghimpunkan peserta dari pelbagai latar belakang dalam usaha memupuk kesedaran terhadap kelestarian alam sekitar melalui aktiviti rekreasi dan cabaran lasak yang berteraskan nilai ekologi.
Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Yang Amat Berusaha Encik Mohd Roshdi bin Ismail, Ketua Jajahan Gua Musang yang turut menyampaikan penghargaan kepada semua peserta dan penganjur atas komitmen menjayakan program ini.
Turut hadir memeriahkan majlis ialah barisan tetamu kehormat:
- Yang Berhormat Dato’ Haji Mohd Syahbuddin bin Hashim, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas
- Yang Berhormat Tuan Mohd Azmawi Fikri bin Haji Abdul Ghani, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri
- Yang Berusaha Encik Nik Mohd Marzuki bin Nik Mat, Timbalan Pengarah Cawangan Pembangunan Sukan Rekreasi, Jabatan Belia dan Sukan Negara
- Yang Amat Berusaha Encik Mohd Saipuddin bin Zakaria, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan
- Yang Berusaha Encik Nor Rijam bin Ibrahim, Presiden Persatuan Jurulatih Rekreasi Kebangsaan (PJRM)
Program ini turut disertai oleh wakil-wakil jabatan dan agensi kerajaan serta NGO tempatan, menjadikan suasana lebih inklusif dan bersemangat. Para peserta Muse Eco Challenge 2025 telah menunjukkan daya tahan, semangat berpasukan dan kesungguhan dalam setiap cabaran yang dilalui sepanjang program.
Program dibawah peruntukkan Geran Padanan Sukan ini menjadi simbol kejayaan kolaborasi antara komuniti, agensi kerajaan dan organisasi belia dalam menjayakan inisiatif berimpak tinggi yang menyatukan elemen rekreasi, pendidikan dan pemuliharaan alam sekitar.
Muse Eco Challenge 2025 bukan sekadar cabaran fizikal, tetapi satu perjalanan membina kesedaran dan tanggungjawab terhadap bumi yang kita warisi bersama.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #RakanAktif #MalaysiaAktif
Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my
Disediakan oleh : Urus Setia Media Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan
