'KBMC Charity Fun Walk for Autism 2025' Meriah

Kota Bharu, 1 November 2025 — Lebih 1,000 peserta telah membanjiri perkarangan Kota Bharu Medical Centre (KBMC) seawal jam 7 pagi bagi menyertai KBMC Charity Fun Walk for Autism 2025, satu acara amal sejauh 5.5 kilometer yang bertujuan meningkatkan kesedaran dan sokongan terhadap komuniti autisme.

Program yang dianjurkan oleh KBMC dengan kerjasama TM One dan Silhate ini turut dimeriahkan dengan kehadiran YBrs. En. Mohd Saipuddin bin Zakaria, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan, yang hadir sebagai tetamu kehormat. Beliau menzahirkan sokongan penuh terhadap inisiatif seperti ini yang bukan sahaja menyemai semangat kesukarelawanan dalam kalangan masyarakat, malah memperkukuh perpaduan dan empati terhadap golongan istimewa.

Acara ini menawarkan pelbagai aktiviti menarik seperti pemeriksaan kesihatan, aktiviti kanak-kanak, pameran dan promosi kesihatan. Para peserta yang mendaftar turut menerima pakej penyertaan yang merangkumi t-shirt eksklusif, medal, nombor bib, dan hidangan ringan. Turut menjadi tumpuan ialah Cabutan Bertuah yang menawarkan hadiah menarik kepada peserta bertuah.

Program ini berjaya mencipta suasana penuh ceria dan harmoni, sekaligus memperkukuh sokongan masyarakat terhadap individu dengan autisme.

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #RakanAktif #MalaysiaAktif

Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my

Disediakan oleh : Urus Setia Media Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-12-2025, 13:13:59

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search