Sinar Harapan Belia Kelantan : Program Reben Kuning Beri Peluang Kedua Di Kuala Krai

KUALA KRAI, 30 Oktober 2025 – Projek Reben Kuning merupakan sebahagian daripada inisiatif nasional di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan (JBSNK) untuk memperkukuhkan jaringan sokongan kepada belia, khususnya prospek (bekas banduan belia) dan penghuni Sekolah Henry Gurney, bagi memastikan tiada kelompok belia tercicir daripada arus pembangunan negara.

Seramai 10 orang peserta atau "prospek" belia berisiko telah menerima suntikan semangat dalam Modul Jati Diri dan Modul Pengurusan Kewangan serta peluang kerjaya baharu menerusi Program Reben Kuning Peringkat Negeri Kelantan yang berlangsung di premis Seng Hin Rubber, Kuala Krai, pada 27 dan 28 Oktober lalu. Program Reben Kuning bukan sahaja memberi peluang kedua kepada belia, malah menjadi platform untuk mereka membina semula keyakinan diri, kemahiran dan jati diri demi masa depan yang lebih baik.

Komitmen JBSNK dalam memainkan peranan penting menyantuni belia marginal dan membimbing mereka ke arah pembangunan sahsiah dan kemahiran hidup.
Inisiatif intervensi sosial yang dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan (JBSNK) dengan kerjasama Jabatan Penjara Malaysia ini bermatlamat untuk memperkasakan usaha membantu golongan belia yang terdedah kepada gejala sosial dan jenayah untuk kembali ke pangkuan masyarakat dan menyumbang kepada pembangunan negara.

Kejayaan Program Reben Kuning di Kelantan ini membuktikan bahawa dengan sokongan padu masyarakat dan sektor korporat, golongan belia berisiko mampu mengubah nasib dan kembali menjadi ahli masyarakat yang produktif dan menyumbang kepada ekonomi.

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #RakanAktif #MalaysiaAktif

Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my

Disediakan oleh : Urus Setia Portal Bahagian Pembangunan Belia Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan
 
 
 
 
 
 
 

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-12-2025, 13:13:59

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search