Program Aktifxpres Galak Gaya Hidup Sihat Dalam Kalangan Belia

TUMPAT, 29 OKTOBER 2025 - Program Aktif Ekspres (AktifXpres) Peringkat Daerah Tumpat anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tumpat telah berlangsung pada hari ini bertempat di Dewan Sri Wangsa Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Biji Wangsa. Program ini berjaya menghimpunkan 121 orang peserta wanita yang berumur 18 hingga 19 tahun dari SMK Dato' Biji Wangsa dan SMK Tumpat.

Pelbagai aktiviti telah diadakan seperti :
- Ceramah berkaitan Kesihatan dari Pejabat Kesihatan Daerah Tumpat
- Ceramah berkaitan Remaja dari Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara Negeri Kelantan (LPPKN)
- Cara-cara senaman yang betul dari Pejabat Kesihatan Daerah Tumpat
- Aktiviti Interaktif : Kuiz / Soal Jawab
- Pameran dari Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara Negeri Kelantan (LPPKN)

Tujuan utama program adalah untuk mendidik rakyat Malaysia terutama golongan wanita agar mengaplikasikan pengetahuan tentang gaya hidup aktif dan pemakanan yang sihat di dalam kehidupan seharian dalam mendapatkan berat badan yang ideal.

Program diakhiri dengan penyampaian sijil penghargaan dan sijil penyertaan kepada agensi dan sekolah terlibat serta para peserta.

Program ini mendapat sambutan yang positif dan diharap mampu menyuntik motivasi jangka panjang dalam kalangan peserta untuk mengamalkan gaya hidup sihat.

#TeamKBS #TeamJBSN #SukanUntukSemua #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #YakinBoleh

Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
Rakan Muda
KBSMalaysia

Disediakan oleh: Urus Setia Portal PBSD Tumpat

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-12-2025, 13:13:59

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search