- JBS Kelantan
- Hits: 35
Kursus Sains Sukan Tahap 1 Peringkat Kebangsaan 2025 Tamat Dengan Jayanya
- JBS Kelantan
- Hits: 35
Kota Bharu, 29 Oktober 2025 – Kursus Sains Sukan Tahap 1 Peringkat Kebangsaan 2025 telah melabuhkan tirainya hari ini selepas berlangsung selama lima hari bermula 25 hingga 29 Oktober 2025 di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Seramai 32 orang peserta telah menyertai kursus intensif ini yang bertujuan memperkasa pengetahuan dan kemahiran dalam bidang sains sukan.
Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh YBrs. En. Mohd Saipuddin bin Zakaria, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Turut hadir ialah YBrs. En. Mohd Nasril Izzat bin Jalil, Penolong Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara, serta En. Saiful Imran bin Mat Yaacob, Pengerusi Kelab Aerobik Panji.
Dalam ucapannya, tuan pengarah menekankan kepentingan sains sukan sebagai tunjang kepada pembangunan atlet yang berprestasi tinggi dan menyeru agar peserta terus mengaplikasikan ilmu yang diperoleh dalam komuniti masing-masing.
Kursus ini merangkumi modul-modul penting seperti fisiologi senaman, pemakanan sukan, psikologi prestasi, dan pengurusan latihan, yang dikendalikan oleh tenaga pengajar berpengalaman dari Institut Sukan Negara.
Dengan tamatnya kursus ini, para peserta kini bersedia untuk memainkan peranan aktif dalam memperkasa ekosistem sukan negara, selaras dengan aspirasi Malaysia sebagai negara sukan berdaya saing.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #RakanAktif #MalaysiaAktif #JanjiPeluh
Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
Disediakan oleh : Urus Setia Portal Bahagian Pembangunan Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan
