- JBS Kelantan
- Hits: 15
Kejohanan Sukan Kelantan (SuKel) Taekwondo Peringkat Negeri Kelantan Telah Memeriahkan KOMBES Kelantan
- JBS Kelantan
- Hits: 15
KELANTAN, 29 OKTOBER 2025 – Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan (KOMBES Kelantan) telah dimeriahkan oleh Kejohanan Sukan Kelantan (SUKEL) Taekwondo Peringkat Negeri Kelantan 2025 yang berlangsung pada 24 Oktober 2025 (Jumaat) yang lalu bermula jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang. Kejohanan tersebut telah dianjurkan oleh Majlis Sukan Negeri Kelantan dan telah menarik minat ramai peserta dari pelbagai peringkat usia dengan jumlah seramai 100 orang peserta yang telah menyertai kejohanan tersebut dari seluruh negeri Kelantan.
Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan sentiasa mengalu-alukan pelaksanaan program dari setiap agensi sama ada dari agensi kerajaan, swasta, persatuan, kelab, mahupun perseorangan bagi pelaksanaan aktiviti sukan, kecergasan, pertandingan dan kejohanan di Kombes Kelantan. Sebarang tempahan penggunaan kemudahan fasiliti di KOMBES Negeri Kelantan boleh layari laman web www.stf.gov.my
.
#TeamKBS #TeamJBSN #SukanUntukSemua #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #YakinBoleh
@hannahyeoh
@adamadli_
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
@rakanmudaofficial
@belia.my
Disediakan Oleh : Urus Setia Portal Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan.
