Sesi BrightTalks Kelantan: Membina Negeri Pintar Berasaskan Komuniti

Kota Bharu, 29 Oktober 2025 – Sesi BrightTalks bertemakan “Dari Blueprint ke Komuniti: Bagaimana Smart People Membina Kelantan Pintar” telah berlangsung dengan jayanya menghimpunkan pemimpin dan pakar dari pelbagai sektor untuk membincangkan masa depan pembangunan pintar negeri Kelantan.
Sesi ini telah dikendalikan oleh YBrs. Encik Mohd Hafiz bin Che Mahmud, Ketua Penolong Pengarah (Wilayah dan Perbandaran), Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), selaku moderator.

Antara ahli panel yang dijemput termasuk:

- YBrs. Encik Hazri Nizam bin Zakaria Timbalan Pengarah (Sukan), Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan, yang mewakili suara belia dan kepentingan pembangunan sukan dalam ekosistem pintar.
- YBrs. Puan Ilvira binti Mohd Dasuki, Pengarah Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita, yang menekankan peranan komuniti dan inklusiviti dalam pembangunan negeri.
- YBrs. Ts. Dr. Mohd Muzammil Ismail, Naib Presiden dan Ketua Bahagian Teknologi Pembangunan Mampan, Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MIGHT), yang berkongsi pandangan strategik tentang teknologi dan inovasi mampan.
Dalam sesi tersebut, En. Hazri Nizam bin Zakaria menekankan bahawa pembangunan pintar bukan hanya tertumpu kepada teknologi, tetapi juga kepada pemberdayaan belia, sukan komuniti, dan pembinaan modal insan. Beliau turut menyeru agar pendekatan pintar turut merangkumi aspek kesihatan, gaya hidup aktif, dan keterlibatan generasi muda secara menyeluruh.

Sesi BrightTalks ini menjadi platform penting untuk menyatukan idea dan tindakan antara agensi kerajaan, industri dan masyarakat dalam merealisasikan visi Kelantan sebagai negeri pintar yang inklusif dan berdaya tahan.

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #RakanAktif #MalaysiaAktif #JanjiPeluh

Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia

Disediakan oleh : Urus Setia Portal Bahagian Pembangunan Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-12-2025, 13:13:59

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search