- JBS Kelantan
- Hits: 28
Kemeriahan HSN Kuala Krai 2025
- JBS Kelantan
- Hits: 28
13 Oktober 2025 - Hari Sukan Negara (HSN) merupakan Gerakan Nasional yang menjadikan sukan sebagai gaya hidup sihat dan sebagai wadah perpaduan.
Majlis perasmian HSN Peringkat Daerah Kuala Krai, telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Nik Faizai bin Mohamed, Timbalan Ketua Jajahan Kuala Krai dengan kehadiran Puan Rosnani Binti Haji Abdullah Zawawi, YB Ust Abdul Latif bin Abd Rahman, Ahli Parlimen Kuala Krai, YB Mohd Fauzi bin Abdullah, ADUN Manek Urai, Encik Syukri bin Che Wil, Pengerusi KRT Laloh & Ketua2 Jabatan serta wakil agensi.
Pelbagai aktiviti menarik disediakan seperti Larian Madani, Kayuhan Madani, Malaysia Aktif @Komuniti, Pertandingan Sepakan Penalti, Pertandingan Bolajaring, Pertandingan Karom, Pertandingan Sukan Rakyat, Memanah 1000 Liga, Senaman Warga Emas Aktif, Persembahan Silat, Sukaneka dan Mewarna Kanak-Kanak yang menekankan semangat Yakin Boleh, disiplin serta kerjasama masyarakat MADANI.
Penghargaan dan terima kasih kepada semua agensi dan sukarelawan atas komitmen serta sokongan terhadap segala program dan aktiviti dalam membangunkan Malaysia MADANI yang aktif dan sihat.
