- JBS Kelantan
- Hits: 105
Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Bachok 2025 Meriah Di Dataran Perahu
- JBS Kelantan
- Hits: 105
BACHOK, 11 Oktober 2025 – Dataran Perahu, Pantai Irama Bachok kembali meriah dengan kehadiran Ribuan warga setempat sempena Sambutan Hari Sukan Negara (HSN) Peringkat Daerah Bachok Tahun 2025 yang berlangsung penuh semangat kesukanan dan perpaduan komuniti.
Majlis pelancaran rasmi telah disempurnakan oleh Y.M. Nik Ahmad Shazzwan bin Nek Muhammad, Timbalan Ketua Jajahan Bachok, yang mewakili Ketua Jajahan Bachok. Dalam ucapannya, beliau menyeru masyarakat agar menjadikan amalan bersukan sebagai gaya hidup sihat dan platform memperkukuh perpaduan antara generasi. “Hari Sukan Negara bukan sekadar acara tahunan, tetapi satu gerakan nasional untuk menyemai budaya bersukan dalam kalangan rakyat Malaysia. Bachok hari ini menunjukkan semangat itu masih subur dan terus berkembang,” ujar beliau ketika merasmikan program berkenaan.
Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan sepanjang hari, antaranya Kayuhan Madani, Larian Ria Madani (Larian Pantai), Senamrobik Perdana, Mari Mencuba sukan tradisional yang menarik penyertaan pelbagai lapisan masyarakat. Kanak-kanak, belia, dan warga emas turut tidak ketinggalan menyertai pelbagai acara riang santai yang disediakan oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bachok bersama agensi-agensi rakan strategik. Sambutan kali ini turut dimeriahkan dengan pameran agensi kerajaan, jualan makanan dan produk usahawan tempatan.
Program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dalam menjayakan kempen “Malaysia Cergas, Malaysia Bersukan”, dengan matlamat menggalakkan penyertaan masyarakat dalam aktiviti fizikal sekurang-kurangnya 30 minit sehari.
Sambutan di Bachok tahun ini bukan sahaja memperlihatkan semangat kesukanan yang tinggi, malah membuktikan komitmen seluruh warga daerah ini dalam mendukung aspirasi nasional ke arah negara bersukan, rakyat sihat dan sejahtera.
#TeamKBS #TeamJBSN #SukanUntukSemua #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #YakinBoleh
Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
Rakan Muda
belia.my
Disediakan Oleh: Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bachok
