- JBS Kelantan
- Hits: 96
Warga Emas Bachok Ceria Dan Aktif Dalam Program Senaman Warga Emas Aktif Siri 1
- JBS Kelantan
- Hits: 96
BACHOK, 9 Oktober 2025 – Suasana ceria dan penuh semangat memenuhi ruang Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Bachok apabila lebih 80 peserta warga emas tampil menyertai Program Senaman Warga Emas Aktif Siri 1 Peringkat Daerah Bachok Tahun 2025 yang dianjurkan oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bachok (PBSD Bachok).
Program yang bertujuan menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan warga emas ini mendapat penyertaan yang amat menggalakkan, mencerminkan keprihatinan dan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan aktiviti fizikal bagi mengekalkan kesihatan dan kesejahteraan di usia emas.
Menurut Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bachok program ini merupakan antara inisiatif berterusan bagi memastikan warga emas terus aktif, berdaya saing dan kekal sihat secara fizikal serta mental. “Kami mahu warga emas di Bachok merasai bahawa mereka masih penting dan berperanan besar dalam komuniti. Aktiviti seperti ini bukan sekadar bersenam, tetapi juga ruang untuk bergaul, bergembira, dan mengekalkan kesejahteraan diri,” katanya.
Program Senaman Warga Emas Aktif Siri 1 ini dijangka menjadi permulaan kepada beberapa siri seterusnya yang akan dilaksanakan di seluruh daerah Bachok sebagai usaha memperluas penyertaan warga emas dalam aktiviti riadah komuniti. Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bachok berharap program seumpama ini dapat diteruskan sebagai platform memperkukuh hubungan antara generasi serta menyokong agenda Malaysia Cergas dan Sihat Sejahtera.
#TeamKBS #TeamJBSN #SukanUntukSemua #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #YakinBoleh
Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
Rakan Muda
belia.my
Disediakan Oleh: Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bachok
