- JBS Kelantan
- Hits: 92
Kelab Rakan Muda Bandar Tanah Merah Bersama Aadk Tanah Merah Melaksanakan Program Plogging@Community Daerah Tanah Merah
- JBS Kelantan
- Hits: 92
Tanah Merah, 23 Oktober 2025 – Pusat Khidmat AADK Tanah Merah menjadi lokasi utama pelaksanaan Program Plogging@Community Daerah Tanah Merah yang dianjurkan oleh Kelab Rakan Muda Bandar Tanah Merah dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Tanah Merah. Program ini berlangsung dengan penuh semangat melibatkan penyertaan aktif daripada Sukarelawan Rakan Muda Tanah Merah, peserta Anugerah Remaja Perdana Tanah Merah dan OKP AADK Tanah Merah.
Program ini bertujuan menyemai nilai kesukarelawan dan tanggungjawab sosial dalam kalangan belia serta memperindah persekitaran komuniti. Aktiviti utama yang dijalankan termasuk gotong-royong membersihkan kawasan sekitar dan kerja-kerja mengecat bangunan Pusat Khidmat AADK, yang berjaya menceriakan suasana dan memberi wajah baharu kepada premis tersebut.
Turut hadir memeriahkan program ialah En Wan Abd Rahman Bin Hj Wan Ismail, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah, serta Puan Afzariza bt Draman, Pegawai AADK Tanah Merah, yang masing-masing menyatakan sokongan penuh terhadap inisiatif ini dan menggalakkan lebih banyak program berimpak sosial seperti ini diteruskan di masa akan datang.
Suasana sepanjang program berlangsung dipenuhi dengan semangat kerjasama dan kepedulian, mencerminkan komitmen tinggi para peserta terhadap kesejahteraan komuniti.
Program ini diharap dapat dijadikan sebagai aktiviti berkala dan diperluaskan ke kawasan lain di Tanah Merah, sekaligus memperkukuh jaringan belia dan agensi dalam membina komuniti yang lebih progresif dan prihatin.
Disediakan oleh : Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah
