- JBS Kelantan
- Hits: 78
Gambalan Jentayu Rangkul Naib Johan Pertandingan Dikir Barat
- JBS Kelantan
- Hits: 78
Tumpat, 21 Oktober 2025 - Pertandingan Dikir Barat Integriti Unleash Urself @ Rakan Muda Peringkat Negeri Kelantan bertemakan “Belia Tolak Rasuah” telah berlangsung dengan meriah bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan pada 18 Oktober 2025 menampilkan bakat-bakat muda dan kumpulan tradisional dari sekitar daerah.
Program anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Negeri Kelantan ini bertujuan memelihara serta memartabatkan warisan seni budaya negeri Kelantan.
Sebanyak 10 kumpulan dikir barat menyertai pertandingan dengan persembahan yang penuh kreativiti dan semangat serta mencungkil bakat-bakat baru.
Kumpulan Gambalan Jentayu dari Daerah Tumpat telah dinobatkan sebagai Naib Johan dengan persembahan yang mantap. Manakala Tok Juara iaitu Lukman Hakim bin Nor-Din atau gelaran Megat Hakim dinobatkan sebagai Johan. Hadiah berupa sijil dan wang tunai telah disampaikan oleh YABrs. Encik Mohd Saipuddin bin Zakaria, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan.
Pertandingan ini mendapat sambutan hangat daripada penduduk setempat dan dijadikan platform untuk mencungkil bakat serta meneruskan kesinambungan seni tradisi dikir barat dalam kalangan generasi muda.
#TeamKBS #TeamJBSN #SukanUntukSemua #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #YakinBoleh
Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
Rakan Muda
KBSMalaysia
Disediakan oleh: Urus Setia Portal PBSD Tumpat
