- JBS Kelantan
- Hits: 17
Warga Emas Aktif Di Kg Renyut Bersemangat
- JBS Kelantan
- Hits: 17
JELI, 16 Oktober 2025 - Program Senaman Warga Emas Aktif Siri 3 Peringkat Daerah Jeli telah diadakan pada hari ini , bertempat di Padang Awam, Kg Renyut, Jeli .
Program pada kali ini mendapat sambutan yang sangat baik dengan penyertaan seramai 53 orang warga emas di sekitar kawasan ini dan ianya dapat membuktikan bahawa saban hari warga emas semakin mempunyai kesedaran untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat demi membina suasana yang harmoni di dalam keluarga dan masyarakat.
Program ini diadakan adalah untuk membina jaringan hubungan bagi mengukuhkan lagi kerjasama dan perpaduan di kalangan warga emas dengan agensi berkaitan serta masyarakat/penggiat kecergasan komuniti, di samping menyokong usaha kerajaan bagi memastikan warga emas mendapat kesaksamaan sosial dari segi penglibatan dalam aktiviti sukan dan kecergasan.
Program tersebut telah diadakan dengan kerjasama Kelab Aerobik Bukit Jering sebagai rakan strategik.
Turut hadir ke program berkenaan ialah YBrs En Mohamad bin Daud, Pembantu Belia dan Sukan Daerah Jeli dan YBrs Puan Nur Hanani binti Hussin, selaku pengerusi Kelab Aerobik Bukit Jering.
Disediakan Oleh : Urus Setia Portal PBSD Jeli
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited
#MalaysiaMADANI #RakanMuda #RakanAktif #JanjiPeluh
#HannahYeoh #AdamAdli
#KetuaPengarahJabatanBeliadanSukanNegara
#KBSMalaysia
