Pasukan Rakan Muda Jeli Giat Buat Persiapan Untuk Sertai Pertandingan Dikir Barat Intergiriti Belia

JELI, 15 Oktober 2025 – Pasukan Dikir Barat Rakan Muda Daerah Jeli sedang giat menjalani latihan terakhir untuk menyertai Pertandingan Dikir Barat Intergiriti Belia Peringkat Negeri Kelantan yang bakal diadakan pada 18 Oktober 2025 di Dewan Terbuka Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan, anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Sebanyak 10 Pasukan mewakili daerah dalam Negeri Kelantan akan berentap dalam pertandingan tersebut.

Pasukan ini dibimbing oleh En Hafezul bin Che Mat (Jaklisa) sebagai jurulatihnya. Latihan diadakan pada setiap malam bertempat di R&R Kuala Balah Jeli, dengan menitip beratkan Lagu Jogho dan Lagu Karut serta gaya persembahan dengan tema ” Belia Tolak Rasuah”

Ini adalah kali pertama pasukan ini menyertai pertandingan, dengan sedikit pengalaman yang ada mengharapkan akan dapat memberikan satu persembahan yang mantap semasa pertandingan tersebut berlangsung nanti.

Di antara objektif dan matlamat program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran dan minat belia terhadap seni dan budaya tempatan disamping menyungkil bakat baru dalam bidang seni budaya berkenaan.

Turut hadir memantau sesi latihan berkenaan ialah YBrs En Mohd Zaidi bin A Mohidu, Pembantu Belia dan Sukan Daerah Jeli.

Disediakan oleh : Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli.

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited
#MalaysiaMADANI #RakanMuda #RakanAktif #JanjiPeluh
#HannahYeoh #AdamAdli
#KetuaPengarahJabatanBeliadanSukanNegara
#KBSMalaysia

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-12-2025, 13:13:59

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search