Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Jeli 2025 Dapat Sambutan Hangat

JELI, 12 Oktober 2025 – Lebih 2000 orang peserta telah hadir di Padang Universiti Malaysia Kelantan Kampus Jeli pada 11 Oktober 2025, sempena Sambutan Hari Sukan Negara 2025 Peringkat Daerah Jeli yang berlangsung penuh meriah dan semangat kesukanan yang tinggi.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBrs. En Mohd Shamsul Baharin bin Isa, Timbalan Ketua Jajahan Jeli, Majlis turut diserikan dengan kehadiran YBrs. Profesor Aweng a/l Eh Rak, Pengarah UMK Kampus Jeli, YBrs En Supian bin Hasan, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jeli, Ketua-ketua Jabatan dalam Daerah Jeli serta wakil -wakil NGO Sukan dan Belia dalam Daerah Jeli.

Pelbagai aktiviti sukan komuniti dijalankan sebagai simbolik kepada gaya hidup aktif dan sihat termasuk acara Senamrobik, pelepasan Larian Ria Madani 5km, Berjalan Ria Madani 2km, dan Kayuhan Madani 12 km. Acara ini berjaya menarik penyertaan pelbagai lapisan masyarakat dalam Daerah Jeli.

Kemuncak majlis menyaksikan penyampaian hadiah utama bagi acara pertandingan sukan seperti Pertandingan Sepakan Penalti, Pertandingan Shoot Out Bola Jaring, Pertandingan Petanque, Pertandingan Bola Tampar Gergasi dan aktiviti Mari Mencuba. Selain itu, para peserta turut berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik menerusi cabutan bertuah.
Hari Sukan Negara merupakan inisiatif tahunan Kementerian Belia dan Sukan bagi menggalakkan budaya bersukan dan kecergasan dalam kalangan rakyat Malaysia, selaras dengan matlamat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara bersukan menjelang 2030.

Disediakan oleh : Urus Setia Portal PBSD Jeli

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited
#MalaysiaMADANI #RakanMuda #RakanAktif #JanjiPeluh
#HannahYeoh #AdamAdli
#KetuaPengarahJabatanBeliadanSukanNegara
#KBSMalaysia

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-12-2025, 13:13:59

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search