Mesyuarat Penyelarasan Aktiviti Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Jeli Berjalan Lancar

JELI, 8 Oktober 2025 – Mesyuarat penyelarasan aktiviti Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Jeli, telah berlangsung di Bilik Mesyuarat UMK kampus Jeli, pada 6 Oktober 2025.

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBrs. Prof. Aweng a/l Eh Rak, Pengarah UMK Kampus Jeli, turut dihadiri oleh YBrs En Supian bin Hassan, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jeli, YBrs En Mohamad bin Daud, Pembantu Belia dan Sukan Daerah Jeli serta wakil-wakil dari UMK.

Antara perkara utama yang dibincangkan dalam mesyuarat tersebut adalah penetapan aktiviti semasa sambutan tersebut berlangsung yang melibatkan acara Majlis Perasmian, Senamrobik, Fun Run Madani, Kayuhan Madani, Pertandingan Petanque, Sepak Penalti, Penalti Shoot Out Bola Jaring, Pertandingan Bola Tampar Gergasi, Aktiviti mari Mencuba dan Acara Cabutan Bertuah.

Sambutan Hari Sukan Negara peringkat Daerah Jeli akan diadakan pada 11 Oktober 2025, bertempat di Padang UMK Kampus Jeli dijangka mendapat sambutan dan penyertaan seramai 2000 orang peserta.

Antara objektif Hari Sukan Negara adalah untuk meningkatkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat yang pelbagai kaum agar terus bersatu untuk terus kekal aktif dan sihat sepanjang masa.

Disediakan Oleh : Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli.

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited
#MalaysiaMADANI #RakanMuda #RakanAktif #JanjiPeluh

#HannahYeoh
#AdamAdli
#KetuaPengarahJabatanBeliadanSukanNegara
#KBSMalaysia
 
 
 
 
 
 
 

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-12-2025, 13:13:59

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search