- JBS Kelantan
- Hits: 43
Kursus Sains Sukan Tahap 1 Peringkat Kebangsaan 2025 Membuka Tirai
- JBS Kelantan
- Hits: 43
Kota Bharu, 25 Oktober 2025 — Kursus Sains Sukan Tahap 1 Peringkat Kebangsaan 2025 telah berlangsung hari ini bertempat di Dewan Malaysia, Kompleks Belia dan Sukan Kelantan. Program selama lima hari ini dianjurkan bagi memperkasa pengetahuan dan kemahiran peserta dalam bidang sains sukan, selaras dengan usaha memperkukuh ekosistem kejurulatihan di Malaysia.
Hari pertama kursus menyaksikan tiga slot utama yang membuka tirai program Slot Falsafah Sukan dan Slot Sukan di Malaysia disampaikan oleh En. Freddy bin Affendi, Pegawai Institut Sukan Negara Malaysia yang menekankan peranan sukan sebagai alat pembentukan sahsiah dan perpaduan masyarakat. Slot Kompetensi Kejurulatihan dikendalikan oleh En. Ahmad Shahir bin Shamsani, Pegawai Institut Sukan Negara Malaysia, yang memberi penekanan kepada aspek profesionalisme, etika dan kemahiran asas dalam kejurulatihan.
Kursus ini dirangka secara komprehensif merangkumi modul teori dan amali berkaitan sains sukan, sesi interaktif bersama tenaga pengajar berpengalaman dan penilaian akhir melalui peperiksaan bertulis. Peserta perlu mencapai markah minimum sebanyak 60% untuk lulus, berdasarkan tiga komponen utama iaitu kehadiran penuh sepanjang kursus,tugasan yang diberikan dan peperiksaan akhir.
Program ini bukan sahaja bertujuan melahirkan jurulatih yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi, malah menjadi platform jaringan profesional antara peserta dan institusi sukan negara. Ia dijangka memberi impak positif terhadap pembangunan sukan berasaskan sains di peringkat akar umbi.
Dengan sokongan padu daripada Institut Sukan Negara dan agensi berkaitan, Kursus Sains Sukan Tahap 1 ini menjadi langkah penting ke arah melahirkan tenaga kejurulatihan yang lebih mantap dan berdaya saing.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #RakanAktif #MalaysiaAktif
Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
Disediakan oleh : Urus Setia Portal Bahagian Pembangunan Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan
