Program Rakan Ekspresi: Skrin Besar Rakan Muda Tayangan Filem Mechamato Tarik Perhatian Ramai, Pertandingan Warna Serikan Program

Kota Bharu, 21 Oktober 2025 – Program Skrin Besar Rakan Muda Tayangan Filem Mechamato The Movie Peringkat Negeri Kelantan 2025 yang diadakan di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan, berlangsung dengan penuh meriah dan mendapat sambutan hangat daripada masyarakat setempat. Program tersebut berjaya menarik penyertaan seramai 700 orang .

Program anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan ini menjadi tumpuan ramai apabila menampilkan pelbagai aktiviti menarik untuk seisi keluarga, termasuk Pertandingan Mewarna sebagai salah satu pengisian yang terdiri daripada kanak-kanak dan keluarga.

Pertandingan dibahagikan kepada tiga kategori iaitu Kategori A (7–9 tahun), Kategori B (10–12 tahun) dan Kategori C (Famili). Para peserta menonjolkan kreativiti dan semangat tinggi dalam menghasilkan karya bertemakan Mechamato.

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Tuan Mohd Saipuddin bin Zakaria, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Turut hadir memeriahkan program ialah Encik Sazli bin Mahmood, Ketua Bahagian Rakan Muda JBS Negeri Kelantan, serta PPj Najwa binti Mohd Sabry, Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Negeri Kelantan dan Encik Wan Mohd Erffan bin Wan Nassir, Pengurus KOMBES, Kelantan. Kehadiran para tetamu kehormat ini menyerikan suasana dan memberi sokongan moral kepada peserta yang mengambil bahagian.

Pelbagai hadiah menarik disediakan termasuk wang tunai, hamper, sijil penyertaan, serta cabutan bertuah bagi menghargai penyertaan dan kreativiti para peserta.
Tayangan khas Mechamato: The Movie di skrin besar menjadi kemuncak program, mewujudkan suasana kekeluargaan dan hiburan santai yang sarat dengan nilai positif serta mesej moral.

Program Skrin Besar Mechamato ini turut menjadi platform untuk mendekatkan masyarakat dengan aktiviti seni kreatif, di samping memupuk imaginasi dan daya cipta dalam kalangan kanak-kanak serta belia di negeri Kelantan.

Tahniah kepada semua peserta dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang menjayakan program ini!    

#RakanMuda #KBS #JBSKelantan #RakanMudaKelantan #MechamatoTheMovie #KompleksBeliaKelantan #SPRMKelantan #MalaysiaMADANI #KreatifBersama
#yayaempireperfume

Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
 
 
 
 
 
 
 

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-12-2025, 13:13:59

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search