Program Unleash Rakan Muda 2025 Perkasa Semangat Dan Kreativiti Belia Kelantan

Kota Bharu, 18 Oktober 2025 – Program Unleash Urself @Rakan Muda 2025 yang dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan (JBSNK) dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Yaya Empire Perfume telah melabuhkan tirainya dengan penuh semangat dan kejayaan  .

Majlis perasmian program telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Ahmad Nizam bin Ismail, Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM, yang menekankan kepentingan melahirkan generasi belia berintegriti dan bebas rasuah  . Beliau turut memuji penyertaan aktif peserta dalam Pertandingan Dikir Barat Integriti yang mengetengahkan mesej anti rasuah melalui seni budaya tradisional Kelantan  .

Program dua hari yang berlangsung pada 17 hingga 18 Oktober 2025 di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan ini telah menarik lebih 10,000 peserta dengan pelbagai aktiviti menarik, antaranya:
• Yaya Empire Integrity Run   (1,500 peserta)
• Pertandingan Dikir Barat Integriti  
• Pertandingan Nasyid dan Sajak  
• Senam Cergas  
• Football Young Heroes U-12 Youth Gathering  
• Pertandingan Silat Seni @ Rakan Muda  
• Bengkel kreativiti seperti Hand Bouquet  , Mobile Videography & Editing  , dan Melukis Kartun bersama kartunis Ozom  
• Pasar seni dan bazar belia  
• Auto Show Moto Klasik  
• Tayangan filem Mechamato The Movie  

Malam kemuncak program dimeriahkan dengan persembahan dan kehadiran barisan artis, influencer dan tik tokers popular tanah air yang turut menyokong usaha memperkasa integriti dan kreativiti belia, antaranya:
  Ara Johari
  Wani Hasrita
  Afieq Shazwan
  Jelly Belly
  Ervan Ridzuan
  YB Adam
  Hasif
  Adam ZBP
  Trio Latah
  Azmani Kulit
  Ashraff Bossku
  Fadil Turbo
  Raden Masuji
  Cikgu Sulizi
  Afieq Shazwan turut mengetuai lafaz Ikrar Belia Kelantan Menolak Rasuah, menzahirkan komitmen tinggi belia terhadap nilai integriti dan ketelusan.

Pengarah JBSN Kelantan, YBrs. En. Mohd Saipuddin bin Zakaria, menyatakan program ini membuktikan komitmen kerajaan dalam memperkukuh integriti serta memperkasa potensi belia secara holistik melalui sinergi erat antara agensi kerajaan, penguatkuasaan dan industri kreatif  .

Program Unleash Urself @Rakan Muda 2025 turut memperkukuh peranan JBSN Kelantan sebagai peneraju inisiatif Rakan Muda Malaysia MADANI dalam membentuk masyarakat belia yang aktif, kreatif dan berintegriti demi kemajuan negara   .

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomitedd #jbsnkelantan #MalaysiaMadaniI #rakanmuda
Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-12-2025, 13:13:59

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search