- JBS Kelantan
- Hits: 27
Program Senaman Warga Emas Siri 2 Meriahkan Daerah Tumpat
- JBS Kelantan
- Hits: 27
Tumpat, 19 Oktober 2025 — Program Senaman Warga Emas Siri 2 Peringkat Daerah Tumpat telah berlangsung dengan penuh meriah dan semangat kekeluargaan pada pagi Jumaat lepas bertempat di Dataran Pasir Pekan. Acara bermula seawal jam 8.00 pagi ini dianjurkan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tumpat dengan kerjasama PAWE 3A Pasir Pekan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Tumpat bertujuan memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan warga emas serta mengeratkan hubungan komuniti.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran YBhg Datuk Dr. Maziah binti Che Yusoff, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang mengetuai aktiviti utama iaitu Berjalan Ria sejauh 1.4 kilometer. Kehadiran beliau menjadi simbol sokongan padu terhadap inisiatif kesihatan dan kesejahteraan warga emas.
Turut hadir sebagai tetamu kehormat ialah:
- En. Mohd Saipuddin bin Zakaria, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan
- Pn. Asraihan binti Abdul Razak, Timbalan Pengarah Operasi, Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan
- Pn. Siti Nur Hasma binti Mat Isa, Timbalan Pengarah Pengurusan, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kelantan
- Pn. Nik Farhan binti Muhaimin, Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita Negeri Kelantan
- Pn. Haslinda binti Hassan, Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negeri Kelantan
- Pn. Hazmanita Che Hamid, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tumpat serta
- Tn. Hj. Wan Moh Yusof bin Wan Taib, Pengerusi Persatuan Penduduk Pasir Pekan (5P).
- Tn.Haji Mazni bin Che Yusoff, Setiausaha PAWE 3A Pasir Pekan
- Ustazah Wan Mazyiah binti Wan Salleh, Penyelaras Program
Seramai 150 peserta yang terdiri daripada ahli PAWE 3A Pasir Pekan, penghuni Rumah Sri Kenangan Pengkalan Chepa serta urus setia dari pelbagai jabatan telah mengambil bahagian. Suasana ceria dan penuh semangat jelas terpancar sepanjang program berlangsung, membuktikan bahawa usia bukan penghalang untuk kekal aktif dan sihat.
Program ini bukan sahaja menyemarakkan semangat kesukanan dalam kalangan warga emas, malah menjadi platform penting dalam memperkukuh jaringan sokongan sosial antara agensi kerajaan dan komuniti setempat.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #RakanAktif #MalaysiaAktif #JanjiPeluh
Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
Disediakan oleh : Urus Setia Media Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan
