R.E.S.T 2025 Bukti Komitmen JBSN Kelantan Perkasa Gaya Hidup Sihat

Kota Bharu, 18 Oktober 2025 — Program Running Education Skills Training (R.E.S.T) 2025 telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Malaysia, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan, menghimpunkan lebih 100 orang peserta dari pelbagai lapisan masyarakat yang berminat untuk memperkasa ilmu serta kemahiran dalam bidang larian.

Majlis perasmian program ini telah disempurnakan oleh YBrs. En. Mohd Saipuddin bin Zakaria, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan (JBSNK). Dalam ucapan beliau, beliau menekankan kepentingan mengamalkan gaya hidup aktif dan budaya bersukan sebagai asas kepada kesejahteraan rakyat serta keseimbangan kehidupan seharian.

“Sukan bukan sekadar aktiviti fizikal, tetapi satu gaya hidup yang membentuk disiplin, kekuatan mental, serta semangat kebersamaan dalam komuniti. Program seperti R.E.S.T ini amat penting bagi memastikan masyarakat kita terus sihat, berdaya tahan, dan produktif,” ujar beliau dalam ucapan perasmiannya. Program R.E.S.T dianjurkan dengan objektif utama untuk meningkatkan pengetahuan peserta tentang teknik larian yang betul dan selamat, di samping menggalakkan penyertaan aktif dalam sukan dan aktiviti fizikal. Peserta telah mengikuti pelbagai sesi latihan intensif merangkumi aspek teori dan praktikal seperti teknik pernafasan, postur badan yang betul, serta pemilihan peralatan larian yang sesuai.

Selain memperkukuh kemahiran larian, program ini juga memberi fokus kepada peningkatan prestasi individu dan penjagaan kesihatan menyeluruh. Ramai peserta melahirkan rasa puas hati terhadap peningkatan stamina dan motivasi diri selepas menyertai program ini. Dalam konteks kehidupan moden yang mencabar, aktiviti larian turut dilihat sebagai kaedah berkesan untuk mengurangkan tekanan dan risiko penyakit tidak berjangkit.

Kejayaan penganjuran Program R.E.S.T 2025 membuktikan bahawa semangat untuk bersukan dan menjaga kesihatan masih kukuh dalam kalangan masyarakat. Dengan sokongan padu daripada pihak berkuasa tempatan, agensi kerajaan serta komuniti setempat, JBSN Kelantan berhasrat untuk meneruskan dan memperluaskan program ini ke negeri-negeri lain pada masa akan datang sebagai sebahagian daripada usaha berterusan membina masyarakat aktif, sihat dan berdaya tahan selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #jbsnkelantan #MalaysiaMadani #rakanmuda #RakanAktif #MalaysiaAktif #janjipeluh

Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia

Disediakan oleh : Urus Setia Portal Bahagian Pembangunan Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-12-2025, 13:13:59

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search