- JBS Kelantan
- Hits: 34
Dikir Barat Pasir Mas Curi Tumpuan Di Program Unleash Rakan Muda 2025
- JBS Kelantan
- Hits: 34
Pasir Mas, 18 Oktober 2025 – Kelab Rakan Muda Unggul Kampung Limbat, wakil daerah Pasir Mas, telah mencuri tumpuan ramai dalam Pertandingan Dikir Barat Integriti sempena Program Unleash Urself @Rakan Muda 2025 yang berlangsung di Dewan Terbuka Kompleks Sukan Negeri Kelantan.
Sebagai peserta terakhir yang membuat persembahan, kumpulan ini memukau penonton dengan kelunakan suara Tok Juara dan kepintaran Tok Karut dalam mengolah mesej anti-rasuah melalui seni dikir barat. Bertemakan Belia Tolak Rasuah, pertandingan ini menyaksikan penyertaan dari pelbagai daerah yang bersaing secara kreatif dan berbudaya dalam menyampaikan mesej integriti.
Walaupun hanya membawa pulang hadiah saguhati, semangat juang dan mutu persembahan wakil Pasir Mas telah mendapat pujian hangat daripada penonton dan juri, membuktikan bahawa nilai seni dan integriti boleh bergabung dalam satu pentas yang berkesan.
Program Unleash Urself @Rakan Muda 2025 merupakan inisiatif bersepadu dalam memperkasa belia Malaysia melalui pendekatan kreatif, aktif dan berintegriti selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomitedd
#jbsnkelantan
#MalaysiaMadani
#rakanmuda
Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
Anak Limbat_official
Disediakan oleh: Urus setia Portal PBSD Pasir Mas
