- JBS Kelantan
- Hits: 25
Pemerikasaan Aset Pasir Mas Berjalan Lancar
- JBS Kelantan
- Hits: 25
Pasir Mas, 15 Oktober 2025 – Pemeriksaan aset alih Kerajaan yang dijalankan di Pasir Mas telah selesai dengan jayanya. Proses pemeriksaan ini telah dikendalikan oleh Puan Nur Ainna Diyanna binti Mokhatar, yang bertanggungjawab memastikan semua aset direkod dan disahkan mengikut prosedur yang ditetapkan dan berada dalam keadaan baik dan teratur.
Pemeriksaan ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan untuk meningkatkan kecekapan pengurusan aset serta memastikan ketelusan dalam pentadbiran. Sepanjang proses tersebut, tiada sebarang isu besar dilaporkan dan semua aset dikenal pasti dalam keadaan baik serta berada di lokasi yang ditetapkan.
Puan Siti Shamirlie binti Anwa @ Anuar, Pembantu Tadbir PBSD Pasir Mas telah membantu dalam memastikan semuanya berjalan lancar dan pihak Puan Nur Ainna Diyanna dapat melaksanakan pemeriksaan aset dengan baik dan teratur.
Disediakan oleh: Urus setia Portal PBSD Pasir Mas
