- JBS Kelantan
- Hits: 31
Program Tayangan Skrin Besar Meriahkan Semangat Sukan Bola Sepak
- JBS Kelantan
- Hits: 31
Pengkalan Chepa, 14 Oktober 2025 - Suasana penuh semangat dan kebersamaan menyelubungi perkarangan Maahad Sains Tok Guru malam ini apabila program tayangan skrin besar perlawanan kelayakan Piala Asia antara Malaysia dan Laos berjaya menarik kehadiran ramai warga pelajar dan komuniti setempat.
Program ini dianjurkan bagi menyemarakkan sokongan terhadap skuad Harimau Malaya yang beraksi dalam perlawanan penting menentang Laos. Tayangan secara langsung bermula jam 9.00 malam dan disambut dengan sorakan serta tepukan gemuruh daripada para penonton yang hadir. Selain itu,aktiviti sampingan juga diadakan seperti penalty shoot-out, trivia dan kuiz serta cabutan bertuah.
Turut memeriahkan majlis ialah YBrs Pn. Nurdalila binti Mohamad Khali, Timbalan Pengarah (Belia) Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan, YBrs Tn. Hj. Kamarjan bin Abdul Rahman, Pengetua Maahad Sains Tok Guru, YBrs En. Syed Abdul Aziz bin Engku Chik Abdullah, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kota Bharu serta YBrs En. Wan Mohd Erffan bin Wan Mohd Nasir, Pengurus Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan yang masing-masing menyatakan rasa bangga terhadap semangat kesukanan yang ditunjukkan.
Perlawanan berakhir dengan keputusan yang dinanti-nantikan, Malaysia berjaya menewaskan Laos dengan skor 5-1, hasil jaringan mantap pada separuh masa kedua yang mengukuhkan kedudukan negara dalam saingan kelayakan.
Program ini bukan sahaja menjadi medan tontonan bersama, tetapi juga sebagai platform memperkukuh perpaduan dan semangat patriotik dalam kalangan generasi muda. Pihak penganjur berharap agar inisiatif seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang, selari dengan usaha membudayakan sokongan terhadap sukan negara.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #RakanAktif #MalaysiaAktif #JanjiPeluh
Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
Disediakan oleh : Urus Setia Portal Bahagian Pembangunan Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan
