- JBS Kelantan
- Hits: 33
Program Festival Anak Muda Tumpat
- JBS Kelantan
- Hits: 33
TUMPAT, 14 OKTOBER 2025 - Festival Anak Muda Tumpat 2025 anjuran Kelab Anak Muda Bandar Tumpat telah berlangsung dengan meriahnya pada 11 Oktober 2025 bertempat di Lapangan Memanah, Pantai Sri Tujuh, Tumpat sempena Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Tumpat 2025. Program ini mendapat kelulusan Dana Rakan Muda, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dan menjadi salah satu pengisian aktiviti pada hari berkenaan.
Antara aktiviti menarik yang diadakan ialah Rakan Aktif : Pertandingan Dart , Konvoi Motosikal Klasik dan Pacuan Kenderaan 4X4, Rakan Prihatin : Tukar Minyak Hitam Motosikal, Rakan Muzik : Persembahan Dikir Barat , Rakan Niaga : Jualan dan Vendor. Gerai Jualan dengan penyertaan usahawan muda melalui jualan makanan dan produk tempatan. Suasana bertambah meriah dengan adanya 30 cabutan bertuah.
Penganjur berharap festival seperti ini dapat dijadikan acara tahunan dan terus menyerlahkan potensi anak muda di Daerah Tumpat.
#TeamKBS #TeamJBSN #SukanUntukSemua #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #YakinBoleh
Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
Rakan Muda
KBSMalaysia
Disediakan oleh: Urus Setia Portal PBSD Tumpat
