Hari Sukan Negara (HSN 2025 Peringkat Daerah Tumpat Disambut Meriah

Tumpat, 14 Oktober 2025 - Sambutan Hari Sukan Negara (HSN) 2025 Peringkat Daerah Tumpat berlangsung dengan meriah dan penuh semangat pada 11 Oktober 2025 di Lapangan Memanah, Pantai Sri Tujuh melibatkan lebih 3000 orang peserta dari pelbagai lapisan masyarakat. Program ini dianjurkan oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tumpat dengan kerjasama agensi kerajaan, NGO, sekolah serta rakan strategik Syarikat Regles.

Para peserta tiba di lokasi seawal jam 6.00 pagi ini bukan sahaja dari Daerah Tumpat malah ada yang dari luar daerah. Sambutan luar biasa ini juga menunjukkan peserta mempunyai semangat kesukanan yang tinggi untuk kekal cergas dan sihat.

Acara dimulakan dengan senamrobik perdana diikuti Kayuhan Madani, Larian Ria Madani (5 KM) dan Berjalan Ria Madani (3 KM). Turut diadakan ialah Penalti Shoot Out Bola Jaring, Sukan Tradisional, Pertandingan E-Sport , Bola Tampar Pantai, Derma Darah serta Pameran Kesihatan. Kehadiran pelbagai peringkat umur daripada kanak-kanak hingga warga emas memeriahkan lagi suasana.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Encik Ahmad Fadzli bin Haji Abdullah, Timbalan Ketua Jajahan Tumpat. Acara kemuncak adalah cabutan bertuah tajaan Syarikat Regles yang menawarkan hadiah seekor lembu, kambing dan peralatan elektrik.

Sambutan ini membuktikan bahawa sukan mampu menjadi platform perpaduan dan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat. Pastinya Hari Sukan Negara yang disambut pada bulan Oktober setiap tahun memberikan impak positif untuk semua dan membudayakan sukan sebagai gaya hidup aktif.

Pihak penganjur merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan HSN Tumpat pada tahun ini.

#TeamKBS #TeamJBSN #SukanUntukSemua #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #YakinBoleh

Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
Rakan Muda
KBSMalaysia

Disediakan oleh: Urus Setia Portal PBSD Tumpat

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-12-2025, 13:13:59

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search