- JBS Kelantan
- Hits: 20
Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Machang 2025
- JBS Kelantan
- Hits: 20
MACHANG, 14 OKTOBER 2025 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Machang dengan kerjasama Pejabat Tanah dan Jajahan Machang telah mengadakan Sambutan Hari Sukan Negara (HSN) Peringkat Daerah Machang pada 11 Oktober 2025 bertempat di Taman Rekreasi Air Panas Tok Bok, Machang.
Antara aktiviti yang dijalankan termasuklah Larian Ria Madani 5km, Kayuhan Madani, senamrobik, pertandingan bidas/ slingshot, sukaneka warga emas, mari mencuba, pemeriksaan kesihatan dan cabutan bertuah.
Sambutan HSN Peringkat Daerah Machang pada tahun ini telah dirasmikan oleh YBrs. Encik Wan Mohamed Afiq Bin Wan Mohamed Kasbi, Penolong Ketua Jajahan (Pendaftaran) Daerah Machang. dan turut dihadiri oleh ketua-ketua agensi kerajaan, penggawa-penggawa, wakil-wakil kelab belia, dan wakil-wakil kelab sukan dalam daerah Machang.
Terima kasih sekali lagi atas sokongan anda dalam mengamalkan gaya hidup aktif dan cergas seterusnya menyokong hasrat menjadikan Malaysia sebuah negara bersukan!
Disediakan oleh: Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang
#TeamKBS #TeamJBSN #SukanUntukSemua #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #yakinboleh
Hannah Yeoh
Adam Adli
KBSMalaysia
JBSNegara
