Warga Emas Pasir Mas Kekal Aktif Dan Cergas

PASIR MAS, 14 OKTOBER 2025 – Program Senaman Warga Emas Aktif Peringkat Daerah Pasir Mas 2025 mendapat sambutan yang baik dari kalangan warga emas di Pasir Mas yang mana program ini dilaksanakan di Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Pasir Mas bermula Oktober hingga November 2025.

Program ini adalah program yang dirangka oleh Jabatan Belia dan Sukan negara yang mensasarkan penglibatan warga emas di dalam aktiviti kecergasan serta lain-lain aktiviti harian yang juga melibatkan agensi,komuniti dan persatuan di dalam pengurusan serta aktiviti sukan. Ianya Selaras dengan Pelan Strategik JBSN 2021-2025. Strategi 1 -“ Melibatkan Masyarakat Dalam Aktiviti Sukan” yang tidak mengetepikan warga emas.

Usaha untuk membudayakan sukan untuk semua di kalangan warga emas ini sentiasa diberikan perhatian bagi mengekalkan tahap kesihatan yang optimum, serta motivasi yang tinggi dikalangan mereka. Senaman Warga Emas ini merupakan platform untuk warga emas melibatkan diri dalam aktiviti sukan di samping menggalakan masyarakat untuk turut bersukan bersama warga emas secara inklusif.

Antara aktiviti yang akan dijalankan melalui Program Senaman Warga Emas Aktif Peringkat Daerah Pasir Mas 2025 adalah senamcergas, ‘chairobik’, sukaneka dan berjalan kaki. Semoga program ini dapat menarik lebih ramai warga emas dan ini menyumbang kepada peningkatan Indeks Budaya Sukan Malaysia (IBSM), yang mengukur tahap kesedaran dan penyertaan rakyat Malaysia dalam aktiviti sukan dan kecergasan.

#TeamKBS #TeamJBSN #SukanUntukSemua #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #YakinBoleh

Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
@RAKAN MUDA

Disediakan oleh: Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-12-2025, 13:13:59

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search