Hari Sukan Negara (HSN2025) Pasir Mas Mendapat Sambutan Yang Luar Biasa

PASIR MAS, 13 OKTOBER 2025 – Seramai lebih kurang 2000 orang peserta telah hadir menyertai Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Pasir Mas 2025 anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas dengan kerjasama Majlis Belia Jajahan Pasir Mas, MAYC Pasir Mas dan Kelab Sukan Rekreasi Padang To’ La yang bertempat di Sekolah Rendah Sultan Ibrahim (1) dan Sekolah Menengah Sultan Ibrahim (1).

Sambutan HSN2025 Peringkat Daerah Pasir Mas pada tahun ini telah dirasmikan oleh Yang Berusaha Encik Mohd Zaki Bin Ismail Timbalan Ketua Jajahan Pasir Mas serta turut dihadiri oleh ketua-ketua agensi kerajaan, wakil-wakil kelab belia, dan wakil-wakil kelab sukan dalam daerah Pasir Mas.

Pelbagai aktiviti sukan dan kecergasan telah diadakan antaranya Larian Ria Madani 5km, Berjalan Madani, Kayuhan Madani 10km, senamrobik, tarik tali, sukaneka kanak-kanak, sukan tradisional, pengenalan sukan baru Pickleball, sepak senalti, penalti bola jaring, petunjukkan BMX, pemeriksaan kesihatan dan cabutan bertuah.

Semoga Visi Negara menjadikan Malaysia sebuah Sukan pada 2030 berjaya!

#TeamKBS #TeamJBSN #SukanUntukSemua #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #YakinBoleh

Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
Rakan Muda

Disediakan oleh: Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-12-2025, 13:13:59

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search