Rakan Penaja Memeriahkan Hari Sukan Negara (HSN2025) Daerah Pasir Puteh

PASIR PUTEH, 12 OKTOBER 2025 - Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Pasir Puteh tahun 2025 yang berlangsung di Padang Sekolah Menengah Kebangsaan Selising bukan sahaja meriah dengan pelbagai aktiviti sukan, malah turut mendapat sambutan hangat daripada pelbagai pihak swasta dan individu berpengaruh yang tampil memberi sumbangan dalam pelbagai bentuk bagi menjayakan program tersebut.

Tahun ini menyaksikan keprihatinan tinggi komuniti korporat dan masyarakat setempat dalam menyokong penganjuran program kesukanan di peringkat daerah. Antara syarikat yang tampil memberikan sumbangan termasuklah Syarikat Muda Osman, Zaleha Textile, Econ Jaya, Econ Save, Pantai Timur serta beberapa lagi syarikat tempatan yang lain.

Sumbangan yang diterima merangkumi lembu, kambing, peralatan elektrik, hamper dan pelbagai barangan lain yang digunakan untuk cabutan bertuah. Usaha ini secara tidak langsung mencerminkan semangat tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat-syarikat tempatan terhadap pembangunan komuniti dan kesejahteraan masyarakat Pasir Puteh.
Pihak penganjur turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Puteh atas sokongan dan kerjasama erat yang diberikan sejak peringkat perancangan hingga pelaksanaan, menjadikan penganjuran Hari Sukan Negara tahun ini lebih tersusun dan berjaya.

Menurut wakil penganjur, sambutan penajaan dan sumbangan yang diterima tahun ini amat memberangsangkan dan menjadi dorongan kepada pihak urus setia untuk terus memperkasakan hubungan baik antara sektor awam, swasta dan masyarakat dalam menjayakan program-program kesukanan pada masa hadapan.

Penganjuran Hari Sukan Negara ini bukan sahaja memperkukuh semangat kesukanan, tetapi turut membuktikan bahawa perpaduan dan keprihatinan masyarakat setempat merupakan kunci utama dalam memastikan setiap inisiatif kerajaan berjalan dengan jayanya.

#TeamKBS #TeamJBSN #SukanUntukSemua #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #YakinBoleh

Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
Rakan Muda
belia.my

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-12-2025, 13:13:59

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search