Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Pasir Puth Meriah Warnai Padang Sek Men Keb Selising

PASIR PUTEH, 1 OKTOBER 2025 – Program Rakan Bumi : Plogging Komuniti Peringkat Daerah Pasir Puteh Siri 4/2025 telah dilaksanakan pada 25 September 202 di Perkarangan Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah, Kampung Tualang Tinggi, Selising, Pasir Puteh.

Objektif program ini adalah untuk membudayakan gaya hidup cergas melalui aktiviti yang akan dilaksanakan di samping mengukuhkan perpaduan dalam komuniti setempat.
Program ini dianjurkan dengan kerjasama Kelab Rakan Muda Bandar Pasir Putih, Pejabat Tanah Jajahan Pasir Puteh, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Pasir Puteh, agensi-agensi kerajaan daerah serta Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Tualang Tinggi. Aktiviti utama yang dijalankan adalah gotong-royong membersihkan kawasan perkarangan maahad, termasuk menebas dan membersihkan pokok-pokok bagi mewujudkan ruang rekreasi yang selesa untuk kegunaan penduduk kampung beriadah.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran YABrs. Encik Mohd Kamaruzaman bin Ab Wahab, Ketua Jajahan Pasir Puteh turut menyampaikan ucapan serta menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat. Turut sama hadir ialah Encik Amreezal bin Abdul Kadir, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh yang menyokong usaha memperkukuh semangat kesukarelawanan dan kelestarian alam sekitar melalui program Rakan Bumi.

Pelaksanaan siri kali ini bukan sahaja mencerminkan komitmen agensi-agensi kerajaan dan komuniti setempat dalam menjaga kebersihan persekitaran, malah memberi impak positif dengan mewujudkan ruang rekreasi baharu yang dapat dimanfaatkan oleh masyarakat. Program Rakan Bumi terus membuktikan peranannya sebagai platform memperkasa belia dan masyarakat dalam memelihara kelestarian alam sekitar melalui aktiviti sukarela.

#TeamKBS #TeamJBSN #SukanUntukSemua #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #YakinBoleh

Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
Rakan Muda
belia.my

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-12-2025, 13:13:59

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search