- JBS Kelantan
- Hits: 22
Sambutan Meriah Hari Sukan Negara 2025 Peringkat Negeri Kelantan di Dataran Masjid Jamek Muhammadi, Kota Bharu
- JBS Kelantan
- Hits: 22
Kota Bharu, 11 Oktober 2025 – Ribuan warga Kelantan membanjiri Dataran Muhammadi, Masjid Jamek Muhammadi Kota Bharu pagi ini sempena Sambutan Hari Sukan Negara 2025 Peringkat Negeri Kelantan yang berlangsung penuh meriah dan bersemangat.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Abdullah bin Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Kementerian Belia dan Sukan (KBS). Majlis turut diserikan dengan kehadiran YBrs. Tuan Haji Jasri bin Kasim, Pengarah Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan, YB Zamakhshari bin Muhamad, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat Negeri Kelantan, YBrs. Encik Mohd Saipuddin bin Zakaria, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan, YB Dr. Hafidzah binti Mustakim, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Lama serta ketua-ketua jabatan dan negeri.
Pelbagai aktiviti sukan komuniti dijalankan sebagai simbolik kepada gaya hidup aktif dan sihat termasuk pelepasan Larian Ria Madani 5km, Berjalan Ria Madani 2km, dan Kayuhan Madani 15km. Acara ini berjaya menarik penyertaan pelbagai lapisan masyarakat dari seluruh negeri.
Kemuncak majlis menyaksikan penyampaian hadiah utama bagi pertandingan The Biggest Loser Peringkat Negeri Kelantan 2025 yang mengiktiraf usaha individu dalam mencapai transformasi kesihatan dan kecergasan terbaik. Selain itu, para peserta turut berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik menerusi cabutan bertuah. Sambutan turut diserikan dengan walkabout aktiviti melibatkan aktiviti sukan tradisional, demonstrasi kecergasan serta pertandingan sukan.
Hari Sukan Negara merupakan inisiatif tahunan Kementerian Belia dan Sukan bagi menggalakkan budaya bersukan dan kecergasan dalam kalangan rakyat Malaysia, selaras dengan matlamat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara bersukan menjelang 2030.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #RakanAktif #HSN2025 #MalaysiaAktif #JanjiPeluh
Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
Disediakan oleh : Urus Setia Media Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan
