Program Senaman Warga Emas Aktif Siri 1 Galak Gaya Hidup Sihat

Tumpat, 8 Oktober 2025 - Program Senaman Warga Emas Aktif Siri 1/2025 telah berjaya dianjurkan pada 3 Oktober 2025 bertempat di Kampung Pasir Pekan Tengah dengan penyertaan seramai 42 orang warga emas dari sekitar kawasan kampung tersebut.

Program ini merupakan anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tumpat dan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Pasir Pekan yang bertujuan mempromosikan gaya hidup aktif dan sihat di dalam kalangan warga emas.

Aktiviti yang dijalankan ialah berjalan dan sesuai dengan tahap keupayaan warga emas.

Para peserta memberikan sambutan yang sangat positif dan bersemangat mengikuti program ini. Program Senaman Warga Emas Aktif Siri 1/2025 ini akan diteruskan dalam beberapa siri seterusnya di lokasi berbeza bagi memastikan lebih ramai warga emas mendapat manfaat.

Program ini bukan sahaja menyokong kesihatan fizikal tetapi juga kesejahteraan mental warga emas melalui interaksi sosial yang sihat.

#TeamKBS #TeamJBSN #SukanUntukSemua #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #YakinBoleh

Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
Rakan Muda
KBSMalaysia

Disediakan Oleh : Urus Setia Portal PBSD Tumpat

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-12-2025, 13:13:59

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search