Mesyuarat Penajaan Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Pasir Puteh (HSN2025) Kukuhkan Sokongan Komuniti Dan Korporat

PASIR PUTEH, 5 OKTOBER 2025 - Bagi memastikan penganjuran Hari Sukan Negara (HSN2025) Peringkat Daerah Pasir Puteh berjalan lancar dan meriah, satu Mesyuarat Penajaan Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Pasir Puteh telah diadakan pada 2 Oktober 2025 yang lalu di Bilik Gerakan, Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Puteh. Mesyuarat ini bertujuan untuk membincangkan strategi serta menjalin kerjasama dengan syarikat-syarikat tempatan yang berpotensi menjadi rakan penaja bagi menjayakan sambutan tahunan ini.

Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YABrs Encik Mohd Kamarulzaman bin Ab Wahab, Ketua Jajahan Pasir Puteh dan turut dihadiri oleh Encik Amreezal bin Abdul Kadir, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh, bersama-sama wakil-wakil beberapa syarikat yang dijemput.

Penganjuran Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Pasir Puteh 2025 dijadualkan berlangsung pada 11 Oktober 2025 (Sabtu) bertempat di Padang Sekolah Menengah Kebangsaan Selising. Pelbagai pengisian menarik bakal diadakan termasuk acara senamrobik, larian ria madani, kayuhan madani, sukaneka, pertandingan mewarna netball shootout, penalti kick, pertandingan sepak takraw, pemeriksaan kesihatan yang terbuka kepada semua lapisan masyarakat khususnya di daerah Pasir Puteh.

Melalui mesyuarat ini, beberapa cadangan penajaan telah dikemukakan oleh pihak korporat sebagai tanda sokongan terhadap usaha kerajaan dalam memupuk budaya bersukan dan gaya hidup sihat dalam kalangan komuniti setempat.

Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh optimis bahawa penglibatan sektor swasta dalam bentuk sumbangan barangan akan membantu menjadikan penganjuran Hari Sukan Negara tahun ini lebih berimpak dan inklusif.

#TeamKBS #TeamJBSN #SukanUntukSemua #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #YakinBoleh

Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
Rakan Muda
belia.my

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-12-2025, 13:13:59

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search