- JBS Kelantan
- Hits: 26
Lawatan Tapak Sempena Persiapan Hari Sukan Negara (HSN2025) Peringkat Daerah Tumpat
- JBS Kelantan
- Hits: 26
Tumpat, 5 Oktober 2025 - Sebagai persiapan menjelang Sambutan Hari Sukan Negara (HSN) 2025 Peringkat Daerah Tumpat, satu lawatan tapak telah diadakan pada 1 Oktober 2025 bertempat di Lapangan Memanah, Pantai Sri Tujuh, Tumpat bersama Ahli Jawatankuasa (AJK) Kelab Belia dan Sukan serta Jawatankuasa Pelaksana HSN Daerah Tumpat di lokasi terlibat.
Tujuan lawatan diadakan adalah sebagai tinjauan awal cadangan lokasi aktiviti utama seperti senamrobik, Larian Ria Madani, Kayuhan Madani, pameran dan pelbagai aktiviti lagi. Selain itu lawatan ini juga diadakan bagi menentukan keperluan logistik seperti khemah, tempat parkir dan aliran trafik sepanjang program berlangsung.
Semoga dengan kerjasama dan sokongan semua pihak yang terlibat termasuklah Majlis Daerah Tumpat dan Ibu Pejabat Polis Daerah Tumpat akan melancarkan lagi perjalanan program HSN Daerah Tumpat ini.
Lawatan tapak ini menunjukkan komitmen tinggi penganjur untuk memastikan sambutan HSN berjalan dengan lancar dan tersusun sebagaimana yang dirancang.
#TeamKBS #TeamJBSN #SukanUntukSemua #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #YakinBoleh
Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
Rakan Muda
KBSMalaysia
Disediakan Oleh : Urus Setia Portal PBSD Tumpat
