- JBS Kelantan
- Hits: 25
Masyarakat Orang Asli Bersatu dalam Semangat Kesukanan Sempena Karnival Sukan Komuniti Orang Asli
- JBS Kelantan
- Hits: 25
Jeli, 4 Oktober 2025 — Kemeriahan dan semangat kebersamaan jelas terpancar dalam Karnival Sukan Komuniti Orang Asli Peringkat Negeri Kelantan yang berlangsung di Sekolah Kebangsaan Sungai Rual, Jeli hari ini. Program ini dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan dengan kerjasama pelbagai agensi bagi memperkasakan penyertaan masyarakat Orang Asli dalam bidang sukan dan sosial.
Persembahan nyanyian dan tarian sewang oleh masyarakat Orang Asli tempatan telah berjaya mencuri perhatian para hadirin dan mencerminkan kekayaan budaya warisan komuniti tersebut.
Acara diteruskan dengan ucapan aluan oleh YBrs. En. Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan yang menekankan bahawa sukan merupakan medium penting dalam memupuk semangat perpaduan dan gaya hidup sihat dalam kalangan komuniti luar bandar, termasuk masyarakat Orang Asli.
Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Zahari bin Kechik, Ahli Parlimen Jeli yang menyatakan penghargaan kepada semua pihak terlibat serta menzahirkan harapan agar program seperti ini diteruskan pada masa hadapan.
Pelbagai aktiviti menarik turut diadakan sepanjang karnival termasuk senamrobik, pertandingan bola sepak 7 sebelah, sepak takraw, netball shoot out, sukan tradisional, sukaneka, mari mencuba serta pertandingan mewarna kanak-kanak.
Selain itu, program juga dimeriahkan dengan pemeriksaan kesihatan percuma dan pameran pelbagai agensi kerajaan.
Karnival ini bukan sahaja menceriakan masyarakat setempat, malah menjadi platform membina hubungan erat antara masyarakat Orang Asli dengan pelbagai pihak demi pembangunan komuniti secara menyeluruh.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #RakanAktif #JanjiPeluh
Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
Disediakan oleh : Urus Setia Portal Bahagian Pembangunan Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan
