Sambutan Hangat di Pasir Puteh Semarakkan Le Tour de Langkawi 2025

Pasir Puteh, 4 Oktober 2025 - Suasana meriah menyambut ketibaan para pelumba Le Tour de Langkawi (LTdL) 2025 apabila siri perlumbaan berprestij itu singgah di Daerah Pasir Puteh pada Rabu lalu bertempat di Padang Majlis Daerah Pasir Puteh.

Lokasi penamat bagi perlumbaan peringkat ketiga LTdL 2025 mendapat sokongan padu daripada penduduk tempatan yang hadir beramai-ramai di sepanjang laluan perlumbaan bagi memberi semangat kepada pelumba dari dalam dan luar negara.

Turut hadir bagi meraikan ketibaan pelumba ialah Pengerusi Exco Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat Negeri Kelantan, YB Zamakhshari Mohamad, serta Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan, YBrs Encik Mohd Saipuddin Zakaria.

Penganjuran LTdL yang melibatkan laluan di Negeri Kelantan merupakan satu peluang besar untuk mempromosikan negeri ini sebagai destinasi pelancongan dan pembangunan sukan sekaligus dapat menyemarakkan semangat kesukanan dalam kalangan belia serta memberi impak positif kepada ekonomi tempatan.

Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan sentiasa menyokong acara seperti ini selaras dengan usaha memperkasakan pembangunan belia melalui aktiviti sukan bertaraf antarabangsa.

Le Tour de Langkawi 2025 terus menjadi platform penting bagi memupuk semangat kesukanan di samping memperkenalkan keindahan dan budaya tempatan kepada dunia.

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #RakanAktif #JanjiPeluh #MalaysiaAktif

Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
Disediakan oleh : Urus Setia Media Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-12-2025, 13:13:59

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search