- JBS Kelantan
- Hits: 24
Kejohanan Ping Pong Program 1000 Liga Peringkat Daerah Machang 2025
- JBS Kelantan
- Hits: 24
MACHANG, 5 OKTOBER 2025 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Machang dengan kerjasama Brave Table Tennis Club telah mengadakan Kejohanan Ping Pong sempena Program 1000 Liga Peringkat Daerah Machang 2025 di Dewan Pusat Pemulihan Akhlak (PPA) Machang pada 4 Oktober 2025.
Dalam kejohanan ini telah menyaksikan penyertaan sebanyak 20 pasukan dalam kategori beregu (double), melibatkan seramai 40 peserta terdiri daripada 35 lelaki dan 5 perempuan dari sekitar daerah Machang dan sekitarnya.
Majlis perasmian kejohanan dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Puan Siti Azura binti Abdullah, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Machang. Turut hadir memeriahkan acara ialah Encik Azlan bin Yusof, Presiden Brave Table Tennis Club, yang turut memberikan sokongan dan galakan kepada semua peserta.
Disediakan oleh: Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang
#TeamKBS #TeamJBSN #SukanUntukSemua #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #yakinboleh
Hannah Yeoh
Adam Adli
KBSMalaysia
JBSNegara
