- JBS Kelantan
- Hits: 19
Warga Emas Aktif Ayer Lanas Bersemangat Ikuti Senaman
- JBS Kelantan
- Hits: 19
JELI, 2 Oktober 2025 - Program Senaman Warga Emas Aktif Siri 2 Peringkat Daerah Jeli telah diadakan pada hari ini , bertempat di Padang Awam, Ayer Lanas, Jeli.
Program pada kali ini mendapat sambutan yang memberangsangkan dengan penyertaan seramai 40 orang warga emas di sekitar kawasan ini dan ianya dapat membuktikan bahawa saban hari warga emas semakin mempunyai kesedaran untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat demi membina suasana yang harmoni di dalam keluarga dan masyarakat.
Program ini diadakan adalah untuk membina jaringan hubungan bagi mengukuhkan lagi kerjasama dan perpaduan di kalangan warga emas dengan agensi berkaitan serta masyarakat/penggiat kecergasan komuniti, disamping menyokong usaha kerajaan bagi memastikan warga emas mendapat kesaksamaan sosial dari segi penglibatan dalam aktiviti sukan dan kecergasan.
Program tersebut telah diadakan dengan kerjasama Kelab Kecergasan Darling Ayer Lanas dan sebagai rakan strategik.Turut hadir ke program berkenaan ialah YBrs En En Supian bin Hassan, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jeli dan YBrs Puan Zanariah @ Norlida binti Deraman, selaku pengerusi Kelab Kecergasan Darling Ayer Lanas.
Semoga program seumpama ini dapat diteruskan lagi dari masa ke semasa, dengan harapan objektif dan tujuan program ini tercapai.
Disediakan Oleh : Urus Setia Portal PBSD Jeli
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited
#MalaysiaMADANI #RakanMuda #RakanAktif #JanjiPeluh
#HannahYeoh #AdamAdli
#KetuaPengarahJabatanBeliadanSukanNegara
#KBSMalaysia
