Senaman Warga Emas Aktif Di Kubur Datu Eratkan Silaturahim

JELI, 2 Oktober 2025 - Program Senaman Warga Emas Aktif Siri 1 Peringkat Daerah Jeli telah diadakan pada 30 September 2025, bertempat di Kg Kubur Datu, Jeli. Program ini telah mendapat sambutan yang baik dengan jumlah penyertaan seramai 41 orang terdiri dari warga emas setempat.

Program ini diadakan adalah untuk membina jaringan hubungan bagi mengukuhkan lagi kerjasama dan perpaduan di kalangan warga emas dengan agensi berkaitan serta masyarakat/penggiat kecergasan komuniti, disamping menyokong usaha kerajaan bagi memastikan warga emas mendapat kesaksamaan sosial dari segi penglibatan dalam aktiviti sukan dan kecergasan.

Program tersebut telah diadakan dengan kerjasama Kelab Aerobik Bukit Jering dan sebagai rakan strategik.

Turut hadir ke program berkenaan ialah YBrs En Mohamad bin Daud, Pembantu Belia dan Sukan Daerah Jeli dan YBrs Puan Harnani binti Hussin selaku pengerusi Kelab Aerobik Bukit Jering.

Semoga program seumpama ini dapat diteruskan lagi dari masa ke semasa, dengan harapan objektif dan tujuan program ini tercapai.

Disediakan Oleh : Urus Setia Portal PBSD Belia Dan Sukan Jeli

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited
#MalaysiaMADANI #RakanMuda #RakanAktif #JanjiPeluh
#HannahYeoh #AdamAdli
#KetuaPengarahJabatanBeliadanSukanNegara
#KBSMalaysia

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-12-2025, 13:13:59

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search