- JBS Kelantan
- Hits: 20
Mesyuarat Penyelarasan Aktiviti Karnival Sukan Komuniti Orang Asli Peringkat Negeri Kelantan
- JBS Kelantan
- Hits: 20
JELI, 1 Oktober 2025 – Mesyuarat Penyelarasan Aktiviti Karnival Sukan Komuniti Orang Asli Peringkat Negeri Kelantan telah berlangsung di Bilik Dewan Serbaguna Kg. Sungai Rual, Jeli, hari ini.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBrs. En. Zamzuri bin Anuar, Pegawai JAKOA Daerah Jeli, turut dihadiri oleh YBrs En Supian bin Hassan, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jeli, YBrs En Mohamad bin Daud, Pembantu Belia dan Sukan Daerah Jeli serta wakil-wakil Komunti Orang Asli Kg Sungai Rual.
Antara perkara utama yang dibincangkan dalam mesyuarat tersebut adalah penetapan aktiviti semasa karnival tersebut berlangsung yang melibatkan acara Senamrobik, Pertandingan Sepak Takraw, Pertandingan Netball Shoot Out, Sukan Tradisional, Sukaneka, Mari Mencuba , Bola Sepak 7 Sebelah dan Acara Cabutan Bertuah.
Karnival tersebut akan diadakan pada 4 Oktober 2025, bertempat di Sekolah Kebangsaan Sungai Rual Jeli dijangka mendapat sambutan dan penyertaan ramai.
Karnival ini adalah sebagai platform untuk memperkukuhkan perpaduan dan penglibatan komuniti Orang Asli dalam aktiviti sukan selain membuka ruang kerjasama antara agensi kerajaan dan masyarakat setempat.
Disediakan Oleh : Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited
#MalaysiaMADANI #RakanMuda #RakanAktif #JanjiPeluh
#HannahYeoh #AdamAdli
#KetuaPengarahJabatanBeliadanSukanNegara
#KBSMalaysia
