- JBS Kelantan
- Hits: 21
Pertandingan Catur Program 1000 Liga Peringkat Daerah Jeli Berlangsung Di MRSM Jeli
- JBS Kelantan
- Hits: 21
JELI, 1 Oktober 2025- Pertandingan Catur Program 1000 Liga Peringkat Daerah Jeli telah berlangsung pada 30 September 2025,bertempat di Dewan Maktab Rendah Sains MARA Jeli, bermula jam 8.30 pagi dengan melibatkan penyertaan seramai 64 orang.
Penganjuran secara bersama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli dengan kerjasama Maktab Rendah Sains MARA Jeli ini adalah bertujuan mengajak masyarakat untuk bergiat aktif dan cergas dengan terlibat dalam aktiviti sukan serta menjadikan sukan sebagai satu gaya hidup sihat dan amalan rutin harian.
Majlis penyampaikan hadiah telah disempurnakan oleh YBrs En Mohamad bin Daud, Pembantu Belia dan Sukan Daerah Jeli, turut hadir YBrs Puan Nur Fadhlira binti Dungun, Pegawai Pemantau Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan, YBrs Puan Azura binti Che An, Pengetua MRSM Jeli dan YBrs En Mohd Syuhairi bin Md Isa, Timbalan Pengetua Pembangunan Bakat, MRSM Jeli.
Disediakan oleh : Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited
#MalaysiaMADANI #RakanMuda #RakanAktif #JanjiPeluh
#HannahYeoh #AdamAdli
#KetuaPengarahJabatanBeliadanSukanNegara
#KBSMalaysia
