Mesyuarat Jawatankuasa Induk Hari Sukan Negara Daerah Pasir Puteh (HSN2025) Mantapkan Persiapan Dan Penyertaan Komuniti

PASIR PUTEH, 1 OKTOBER 2025 – Mesyuarat Jawatankuasa Induk Hari Sukan Negara (HSN2025) Peringkat Daerah Pasir Puteh telah berlangsung hari ini di Bilik Gerakan, Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Puteh.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YABrs. Encik Kamarulzaman bin Ab Wahab, Ketua Jajahan Pasir Puteh, dan turut dihadiri oleh Encik Amreezal bin Abdul Kadir, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh serta wakil-wakil daripada jabatan kerajaan, kelab belia, kelab sukan dan Rakan Muda di daerah ini.

Mesyuarat ini diadakan bertujuan menyelaras pelaksanaan sambutan Hari Sukan Negara (HSN2025) peringkat daerah dan telah memberikan beberapa input dan cadangan bagi memastikan kelancaran program. Antara perkara utama yang dibincangkan ialah peningkatan penyertaan komuniti setempat, di mana ahli mesyuarat sepakat untuk memperluas penglibatan masyarakat melalui pelbagai aktiviti seperti larian ria madani, kayuhan madani, senamcergas, sukaneka, netball shootout, penalty footbal, pertandingan mewarna, mari mencuba memanah dan penamti gol kecil. Selain itu, aspek kolaborasi antara jabatan kerajaan, kelab belia, sukan dan rakan muda turut diberi perhatian bagi memastikan program lebih tersusun dan meriah, di samping penekanan kepada kepentingan gaya hidup sihat yang menjadikan Hari Sukan Negara HSN2025 sebagai platform menyemai budaya kecergasan dan kesedaran kesihatan dalam kalangan masyarakat Pasir Puteh.

#TeamKBS #TeamJBSN #SukanUntukSemua #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #YakinBoleh

Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
Rakan Muda
belia.my

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-12-2025, 13:13:59

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search